Khamis, 29 Ogos 2019

Tak dapat nak tolong

Hari ni 30/08/2019...maaf la keng kawan yg pernah melawat blog ni...blog ni tak pernah siap...Dan siap

HARAP MAKLONG...🤣🤣😁😁

Selasa, 7 Februari 2017

Cuti III di Cameron Highlands

Selamat Tahun Baru 2017, “Gong Xi Fa Cai” 29-01-07-31-01-07

Tip bercuti ke Cameron Highlands.
.
1. Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
+ sukar untuk dapat parking kereta.
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
+ kurang privasi.
.
2. Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.
.
Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10.
.
Anda boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.
.
Saya pernah membeli 20 kotak teh uncang dengan RM100 serta mendapat strawberi white coffe sekotak dengan percuma.
.
Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.
.
3. Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.
.
4. Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu.
.
Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.
.
RFS
Bukan pemandu pelancong
.
Credit: Puan Fadillah Nur,  Destinasi Percutian & Cuti Kat mana 
.
Sila SHARE!
SELAMAT BERCUTI !!!! <3 ;)














Sebut saja *Cameron Highland* , pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas. Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia.Mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang. Ladang teh yang terletak di Sungai Palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar. Merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat uncang Teh Boh. Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di *Cameron Highland* nanti, pastikan anda datang ke sini kerana pemandanganya memang luar biasa.

Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)
Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands







Dalam perjalanan ke Cameron Highlands, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar.Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan. Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.









Jumaat, 16 Januari 2015

Percutian indah di Pulau Langkawi (Langkawi Lagoon)

Assalamualaikum Dunia.
Akhirnya tercapai juga hasrat aku untuk bercuti di pulau lagenda iaitu Pulau Langkawi dengan keluarga. Memang tak pernah terfikir pun nak ke Langkawi tapi kali ini, inilah masanya jom kita Explore bersama...tapiii...hahahaha belum, belum lagi ia dekat tapi jauh ianya bukan sekarang lambat lagi aku nak pergi...hihihihi..bulan 5 weh lambat lg..gambar bawah pun tidak ada kena mengena dengan pulau langkawi.
1 Mei, 2015 akhirnya tiba la saat itu 3D 2N di Langkawi Lagoon pulau Langkawi


KEBIRUAN Laut Andaman sangat mengasyikkan, namun tatkala melihat keindahan resort mewah Ombak Villa, sesiapa sahaja pasti tidak mahu melepaskan kedua-dua saat indah itu.


Langkawi Lagoon Resort yang terletak berdekatan dengan lapangan terbang Langkawi ini adalah sebuah resort mewah dengan 156 bilik — dari bilik apartmen hinggalah kepada chalet atas air yang mengunjur ke laut.
Terletak di kawasan yang tidak sibuk, resort ini sesuai untuk mereka yang inginkan penginapan sunyi semasa bercuti. Namun begitu, kemudahan di sini sudah berusia dan lokasinya bukanlah berdekatan dengan tempat membeli belah atau tarikan Langkawi lainnya.

Ombak Villa at Langkawi Lagoon Resort adalah premis bertaraf lima bintang yang melangkau imaginasi dengan penawaran kemewahan pada harga murah. Hanya lima minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, ia menawarkan hanya satu kategori, vila, dan dihias dengan kemudahan moden dalam warna kuning air, putih dan warna emas. 

Ia memiliki perabot bergaya hebat dengan kemudahan bilik seperti penyaman udara, bar mini, kemudahan menggosok, khidmat internet wayarles tanpa had dan TV LCD dengan saluran kabel. Juga di setiap bilik terdapat balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan indah dan bilik air dengan tab mandi, barang penjagaan diri dan jubah mandi. Akses terus ke pantai bukan satu-satunya cara untuk menghabiskan masa di sini - disediakan gelanggang tenis untuk anda membalas pukulan ibarat Serena Williams, sebuah kolam renang luas dan spa untuk kerehatan anda. Selain itu terdapat pusat kecergasan, perpustakaan untuk anda membaca dan menikmati masa senyap serta sudut permainan kanak-kanak untuk anda meluangkan masa bersama anak-anak.

Terdapat sebuah restoran serta kemudahan barbeku untuk majlis barbeku kasual yang kecil atau tetamu boleh menggunakan khidmat servis bilik. Penggunaan percuma kereta hotel dan diberikan diskaun sebanyak 50% untuk aktiviti sukan air tidak bermotor bagi semua tetamu hotel agar tempoh menginap mereka berada seperti di kediaman sendiri. Selain itu, disediakan bufet sarapan setiap hari, minuman semasa tiba dan pemindahan pergi bali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi agar percutian ini kekal selamanya di ingatan anda.

Ahad, 30 November 2014

Taman Buaya & Rekreasi Ayer Keroh Melaka

Assalamualaikum Dunia...kita bertemu sekali lagi, kali ini di Melaka pulak di Taman Buaya Melaka. Untuk pengatahuan semua, Taman Buaya ini dibuka pada tahun 1987 adalah antara tarikan pelancongan yang agak popular di Melaka.


Di taman kecil ini, anda boleh melihat lebih 100 ekor buaya yang dikumpulkan dari seluruh dunia. Antara buaya yang dipelihara di sini termasuklah buaya Jenjulung dan Tembaga yang boleh didapati di sungai negara ini serta buaya March Mugger dari India dan Alligator dari Amerika Syarikat. Jika dahulu taman ini hanya memuatkan buaya.
Pintu Masuk Ke Taman Buaya
Pintu Masuk Ke Taman Buaya
Sebelum masuk Beli Tiket

Tambah kapsyen

Kota A'famosa pun ada kat dalam ni.

Kincir Air rekaan juga terdapat di Taman Buaya ini
Masuk sini pun kena bayar RM 3.00 seorang tapi tak de apa pun.

Tambah kapsyen

Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Tarikan Terbaru  Taman Tema Permainan Air
Tarikan terbaru di Taman Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung ialah  Taman Permainan Air. Terbuka kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara 1.5'  dan 2.5'.Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai kemudahan rekreasi yang lain
Tambah kapsyen
Buaya darat

Ahad, 16 November 2014

Teluk Chempedak Kuantan dan (CubStreet & KeretaLama)

Teluk Cempedak adalah pantai yang paling popular di Kuantan, yang terletak hanya beberapa kilometer dari pusat bandar di sepanjang pantai timur. Dipenuhi dengan banyak kedai makanan segera dan restoran-restoran, pantai dijaga dengan baik oleh kemudahan pengunjung, termasuk gazebo, laluan pejalan kaki, kedai kemudahan, lampu jalan dan beberapa dataran awam. Walaupun pembangunan, pantai masih mengekalkan sebahagian besar kehijauan alam semula jadi, yang terletak di sebelah tanjung berbukit pula penuh dengan hutan hujan yang subur. Pada akhir barat, laluan papan membawa kepada Teluk Pelindung, pintu pantai terpencil seterusnya pusingan tanjung. Satu-satunya hotel yang menyediakan penginapan di sini adalah eksklusif Hyatt Regency Resort, yang menduduki bahagian tengah pantai.

Teluk Cempedak Kuantan (CubStreet & Kereta Lama) Oldskool katakan.
Teluk Cempedak Kuantan (Kereta Lama)
Teluk Cempedak Kuantan (CubStreet & Kereta Lama)
Teluk Cempedak Kuantan (Kereta Lama)
Pantai Teluk Cempedak Kuantan 




Teluk Cempedak Kuantan 

Teluk Cempedak KKuantan(Kereta Lama)
Teluk Cempedak Kuantan (Kereta Lama)
Teluk Cempedak Kuantan (CabStreet & Kereta Lama)
Teluk Cempedak Kuantan (Kereta Lama)
Teluk Cempedak Kuantan (Kereta Lama)
Pantai Teluk Cempedak Kuantan
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Tengok ke mamat ni ingat Piya
Cenderahati Untuk Farah dan Ummi