Selasa, 29 Ogos 2006

Percutian Keluarga di Cameron Highlands I

29 Ogos, 2006 Kami dari Kuala Lumpur dan keluarga dari Melaka bersama mengikuti percutian kami ke Cameron Highlands, Apa lagi ambil cuti la. lagi pun sebab kami tak pernah pergi Cameron Highlands. Perjalanan dari kuala Lumpur menuju ke Cameron Highlands melalui tapah sungguh menyeronokan.

Dalam perjalanan ke Cameron Highlands kami sempat singgah di Lata Iskandar ia merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands, air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga.

Singgah di Latar Iskandar semasa dalam perjalanan ke Cameron Highlands



Destinasi seterusnya adalah Native Settlement atau dalam bahasa melayu Perkampungan Orang Asli. Sebelum sampai, aku bayangkan sesuatu yang sangat discovery channel, sebab Native Settlement yang kami singgah hanya ada sebuah rumah dan tempat mereka menjual barang barang dari hutan yang mereka cari dan beberapa peralatan yang mereka hasilkan sendiri.



Pengunjung boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda di dalam airnya yang sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan. Bagi pencinta alam pula, sedikit masa yang diluang melalui denai-denai hutan yang telah disediakan akan membawa anda kepada keseronokan dan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun tersebut.Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Hasil-hasil kraftangan di sini bermutu tinggi terutamanya hasil-hasil kraftangan oleh Orang Asli.


Deretan gerai-gerai yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga telah didirikan berhampiran kawasan air terjun untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar.

 Cameron Highland adalah Bharat Cameron Highland
Destinasi pertama yang mula-mula kami jumpa dan singgah di Cameron Highland adalah Bharat Cameron Highland, mahal bebenor barangan yang di jual Kat sini kalau nak rasa teh rm3.00 secawan ada beran. Semasa kami di sini cuaca tak la sejuk sangat...suam-suam sejuk...adala..
Dihadapan Teh Bharat
Jika anda dalam perjalanan ke Cameron Highlands menggunakan jalan Tapah atau jalan Simpang Pulai, anda pasti akan mengalami sekurang-kurangnya satu Bharat Tea Plantations sebelum anda sampai ke destinasi anda. Ia terletak di tepi jalan utama dan terdapat papan tanda besar mengalu-alukan anda untuk berehat seketika daripada perjalanan anda.

Tambah kapsyen
Country Lodge Resort Brinchang




Walaupun cuaca taklah sejuk mana buat-buat la macam sejuk..

Alhamdullillah ianya merupakan percutian yang menarik walaupun singkat. Kami berpatah balik ke KL pada hari Ahad tu dan Insya'Allah akan bersama lagi dalam percutian berikutnya. Sebagai tips tambahan, kalau nak ke Cameron Highland dengan jalan yang selesa, gunakan laluan Simpang Pulai, Ipoh, jalannya besar dan selesa. Tapi kalau nak pengalaman drift, ikut laluan lama melalui Tapah, Perak.