Sabtu, 29 Mac 2014

Percutian Keluarga di Cameron Highlands II

Cameron Highland terletak di Pahang Darul Makmur. Terdapat banyak tempat-tempat yang boleh dilawati di sana. Kita dapat melihat sebuah istana BOH TEA Plantations, Strawberry Valley dan lain-lain. Masih terbayang lagi betapa seronoknya berlibur di Cameron Highlands. Banyak juga aktiviti yang boleh kita buat bila pergi bercuti di Cameron Highlands. Banyak tempat menarik yang boleh kita singgah.

Cameron Highlands terkenal dengan hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bunga yang bermutu tinggi dan ada juga yang jarang didapati di tempat lain. Kami memulakan aktiviti jalan-jalan di Cameron Highlands hari tu dengan melawat Ladang Teh BOH Sungei Palas yang seluas 8,000 ekar. Slogan “BOH ada Ummph!” sesuai dengan rasa teh yang sedap dan ladang teh yang sangat cantik. Lokasinya pun tak berapa jauh dari tempat kami bermalam..umpama ombak rindu pulak.


kena mendaki untuk ke BOH Tea Centre Sungei Palas

Gambar Kenangan Bersama keluarga di BOH Tea Centre Sungei Palas walaupun hujan renyai-renyai 

BOH Tea Centre Sungei Palas

Ladang Teh BOH Sungei Palas


Dalam kawasan Ladang Teh BOH Sungei Palas ada terdapat kilang memproses teh. Kita boleh datang melawat kilang tersebut secara PERCUMA. Di sana kita dapat tengok peringkat-peringkat dan proses yang perlu dilalui dalam menghasilkan teh BOH yang berkualiti. Kedai menjual produk teh BOH pun ada terdapat berdekatan dengan kilang tersebut.
KEA Farm
Kea Farm Market
Kami juga sempat singgah di Kea Farm Market. Kea Farm Market ini menjadi tempat tumpuan ramai pengunjung yang datang ke Cameron Highlands untuk shopping barang-barang hasil tani yang dijual seperti sayur-sayuran, bunga, buah-buahan, strawberry tidak ketinggalan juga Madu hutan dan macam-macam lagi.

Strawberry Valley

Kami juga pergi ke Strawbery Valley, sebuah pusat tanaman strawbery organik untuk menikmati strawberi dan makanan-makanan berasaskan strawberi. Di sini kami berpeluang untuk memetik strawberi sendiri. Hanya RM25 sebakul. Semasa memetik, kita bebas untuk makan terus strawberi yang ada selagi mampu.
BOH Tea Centre Sungei Palas
Membeli belah di KEA Farm
Strawberry Valley
BOH Tea Centre Sungei Palas
Sayuran-Sayuran dan bermacam macam buah buahan segar ada di jual di tepi Jalan
Kea Farm adalah satu tempat persinggahan dan pusat jual beli harian yang sentiasa dikunjungi tanpa mengikut musim. Biasanya pengunjung akan datang ke sini untuk membeli sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak untuk dibawa pulang. Kea Farm terletak lebih kurang 15 km dari Kg.Raja dan 3 km dari Pekan Brinchang.

Hadapan BOH Tea Centre Sungei Palas
Strawberry Valley
Strawberry Valley
Terletak sebelah menyebelah je dengan Lembah Kaktus atau Cactus Valley ialah ladang Strawbery Valley. Ladang buah strawberi ni juga dikenali sebagai Taman Agro Tourism Cameron Highland dan di sini boleh dikatakan sebagai tempat yang cukup lengkap untuk berehat dan menikmati kehijauan alam semulajadi yang tenang dan suasana yang nyaman. Fuuuuh. Saya sendiri pun dah banyak kali ke sini. Ntah kenapa rasa macam satu kepuasan duduk sini. Kadang-kadang duk terfikir kalau ada rumah kat sini alangkah best !!

Kalau nak datang sini memang tak susah pun, taip je Star Regency Hotel atau Apartment dan Big Red Strawberry ni terletak dalam 400 meter je. Dibuka pada 8.30 pagi sehingga ke 4.30 petang setiap hari. Kalau nak merasa makan buah strawberi yang segar dari ladang !! rugi kalau tak singgah.

Strawberry Valley
Dikatakan antara tempat tanaman strawberri terbesar dan paling selesa di Cameron Highlands, pusat The Big Red Strawberry Farm di Brinchang ini adalah tempat anda melihat tanaman strawberri sambil merasai beraneka hidangan berasaskan buah berkenaan.
Dimulakan oleh seorang pendatang India yang berhijrah ke sini sebelum Merdeka, (sewaktu umurnya hanya 15 tahun), ladang ini mempunyai kafe dan kedai cenderamatanya sendiri. Jadi selain merasai muffin dan aiskrim, anda juga boleh membeli teh dan pelbagai cenderamata lain untuk dibwa pulang.
Selain itu, tidak seperti kebanyakan ladang strawberri lain di Cameron yang dibina di cerun sungai, ladang ini agak landai dan tempat letak keretanya luas. Anda juga boleh bersenang-lenang memetik buahnya walaupun ketika hujan lebat kerana ia di bawah bumbung besar.

Sekadar mengimbau kenangan Cameron Highlands I
antara bunga-bungaan cactus yang terdapat di sini
Cactus Valley Farm
Bagi yang minat tumbuhan kaktus mesti rambang mata kalau datang ke Cactus Valley Farm ni. Daripada sekecil-kecil saiz kaktus, sampailah yang paling besar pun ada.
Waktu operasi: 8.00am-6.00pm
Beli Cenderahati satu...satu je
Permandangan yang indah saat-saat menuju ke BOH Tea Centre Sungei Palas
Tambah kapsyen
Permandangan yang indah di Ladang Teh yang mendamaikan pada setiap mata yang memandang
Dihadapan Teh Bharat
Tidak sah ke Cameron Highlands kalau tidak ke ladang teh. Kami ke Cameron Valley untuk melihat ladang teh yang besar. Kebetulan ketika itu hujan renyai-renyai
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Tulis la apa nak tulis pun
Kupu-kupu malam di pasar malam tanah rata



Pada malam harinya kami sekeluarga menginap di Apartment Royal Lily Tanah Rata. Dan jalan-jalan sekitar pasar malam tanah rata.
BOH Tea Centre Sungei Palas
Strawberry Valley
Ladang Teh Sungei Palas
Strawberry Valley
Cameron Highlands
KEA Farm

OK...dah nak balik....

Strawberry Valley


Diberi peluang oleh Allah untuk merasai pengalaman baru di sini. Moga diberkati hendakNya.

1 ulasan: