Rabu, 10 September 2014

Mini Zoo di Taman Teruntum Kuantan

Taman Teruntum adalah taman rekreasi dan Mini Zoo di Kuantan, yang terletak berhampiran Pahang Kelab Golf Diraja dan Taman Gelora atau sebelum Teluk Cempedak Beach. Taman rekreasi ini adalah taman berlandskap dengan jalan raya berturap, lengkap dengan papan tanda lalu lintas dan lampu isyarat tiruan. Pelawat boleh menyewa basikal mainan berbateri untuk kanak-kanak menunggang di sekitar taman ini. Pintu depan, Mini Zoo dengan pelbagai hidupan liar tempatan dan eksotik dipaparkan dalam kandang yang terletak di sepanjang padang dan bukit cerun. Pengunjung juga boleh membeli pelet untuk memberi makan beberapa haiwan di sini, termasuk burung unta, rusa dan lembu liar. Dibuka setiap hari, Tiada bayaran masuk dikenakan, terbuka kepada semua golongan.

Tambah kapsyen
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen

Mini Zoo ini tidaklah begitu banyak jumlah haiwannya, nama lagi mini, cuma beberapa jenis dan spesis sahaja.Ianya termasuklah spesis burung-burung, ‘macaques’ (monyet/kera),kucing,musang,unta,memerang,ular di Serpentarium (Rumah Ular),buaya tembaga,landak, kura-kura dan kucing batu.Namun begitu, spesisnya semakin sedikit dan jumlah haiwan yang ditempatkan di Zoo ini juga semakin berkurangan.Mungkin faktor kos penjagaannya yang tinggi atau pun haiwan tersebut ditempatkan di Zoo yang lebih besar di negeri-negeri lain bagi mewujudkan persekitaran yang lebih luas dan dominan untuk haiwan-tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan