Sabtu, 17 Mei 2008

Percutian di Kuching Sarawak

15 June, 2008 tak sabar rasanya untuk kami pergi bercuti ke Sarawak, dan akhirnya tercapai la jugak hasrat terpendam tu. Merdeka Palace Kuching adalah Hotel tampat kami menginap pada malam harinya.



15 June, 2008 tak sabar rasanya untuk kami pergi bercuti ke Sarawak, dan akhirnya tercapai la jugak hasrat terpendam tu. Merdeka Palace Kuching adalah Hotel tampat kami menginap pada malam harinya.
Air Asia LCCT
Air Asia LCCT
Air Asia LCCT
LCCT

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang terletak di bandar Kuching, Sarawak merupakan lapangan terbang utama negeri tersebut.
Sudah sampai sini...Hotel tempat kami menginap tu namanya Merdeka Palace terletak berhadapan dengan Dataran Merdeka Kuching. Berhampiran dataran tu plak ada shopping kompleks, tak jauh dr situ adalah Waterfront Kuching, dan betul2 sebelah hotel ada Muzium Seni Kuching. Lokasi di tengah bandaraya, dan ada menawarkan bilik apartment dengan harga berpatutan. Tapi kami free Opis bayar kikiki.

Hadapan Pintu Masuk Hotel Mardeka Palace Sarawak
Merdeka Palace Hotel terletak hanya 5 minit berjalan kaki ke Pusat Membeli-belah Plaza Merdeka dan 10 minit berjalan kaki ke Bazaar Utama. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching berjarak sejauh 15 minit memandu.

Sempat Mandi Kolam sebelum Dinner
Hotel Mardeka Palace
Merdeka Palace Hotel & Suites ini hotel bertaraf 5 bintang dan mempunyai 213 bilik termasuk suite. Tapi aku tak rasa pun macam 5 bintang, 3 bintang ada la, atau pun mungkin aku dah biasa dengan suasana hotel seperti ni. Tak tau pulak kan.

Gambar tanda kenangan di Kuching Sarawak
Dewan Hall Tun Abdul Razak (Muzium Sarawak)

masa jalan-jalan ada pulak Festival Sarawak Cultural (Kampung Budaya Sarawak) ia seakan-akan mini Malaysia kat Melaka.

"WELCOME TO SARAWAK CULTURAL VILLAGE"
Kampung Budaya Sarawak terletak di kaki Gunung Santubong.

Terletak di kaki Gunung Santubong yang kaya dengan mitos, muzium hidup yang memenangi anugerah ini mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya. Ia memaparkan pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama di negeri ini, dengan persembahan kebudayaan dua kali sehari. Antara kraftangan yang unik yang boleh didapati di sini adalah manik Sarawak dan Pua Kumbu (tekstil tradisional masyarakat Iban). Kampung budaya ini juga menjadi tempat menarik untuk acara-acara antarabangsa seperti Pesta Muzik Hutan Hujan Dunia dan Pesta Menuai Dunia. Harga tiket normal RM60 tapi kami free opis bayar..harga tiket kanak-kanak RM15
Tambah kapsyen
Kampung Budaya Sarawak

Dewan Hall Tun Abdul Razak (Muzium Sarawak)

TEMBIKAR SARAWAK

Hari seterusnya kami ke pusat pembuatan tembikar, Sarawak memang terkenal dengan perusahaan tembikarnya. Di samping melihat bagaimana tembikar dihasilkan, kita juga boleh mencuba menghasilkan sendiri tembikar kalau nak..



Rumah Melayu


Itu saja kisah percutian pendek saya dekat Kuching, Sarawak.. sungguh santai dan amat menenangkan... I'm happy and enjoying myself walaupun masa amat singkat... InshaaAllah selepas ni saya akan bercuti lama dari bercuti dan percutiaan seterusnya sila tungguuuu.
Ni je barang yang dapat di beli di Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan